fbpx

Abang mahu putus hubungan sebab adik tidak mahu jadi penjamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tergamaknya seorang abang apabila bukan sahaja memaki hamun malah mahu memutuskan hubungan persaudaraan hanya kerana adiknya tidak mahu menjadi penjamin kereta.

Kisah itu dikongsikan oleh pelabur hartanah yang juga Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad menerusi mesej peribadi diterima beliau.

Berdasarkan mesej itu, individu itu bercerita abangnya meminta untuk menjadi penjamin bagi membeli kereta berikutan tiada lesen.

Mesej dikongsikan oleh Azizul menerusi hantaran Facebook.

“Saya memang tidak mahu menolong dia menjadi penjamin. Sekarang dia sudah maki hamun saya cakap adik-beradik sombong, tidak boleh tolong.

“Selepas itu, hendak putuskan hubungan adik-beradik. Bagaimana ya?,” ujarnya pada mesej tersebut bertanyakan pandangan berhubung tindakannya tidak mahu menjadi penjamin.

Sementara itu, Azizul pada hantarannya berkata, sekiranya terdapat tanda-tanda sehingga dimaki, tiada sebuah jaminan terhadap perkara tersebut.

“Apakah kita tidak boleh berfikir apa bakal terjadi? Apakah ada jaminan bahawa jika berhutang akan dapat kembali? Apakah kita yakin, jika ada masalah tidak bayar nanti akan diselesaikan dengan baik?

“Semua perkara dalam hidup ini ada tanda dan petandanya. Ia tidak berlaku dengan tiba-tiba maka, sayangi diri sendiri dahulu. Apakah kita kurang sangat kasih sayang hingga sanggup mengharapkan orang maki kita sayangi kita,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI