SERAM Diva tengok gelagat ‘mak buyong’ Uyaina Arshad apabila dilihat masih lagi menggayakan kasut tumit tinggi walaupun kini sedang sarat hamil.
Lebih membuatkan Diva seriau, sudahlah memakai kasut tumit tinggi, berjalan pula bukan main laju macam perut itu kosong pula.
Diva bukanlah mulut jahat minta yang bukan-bukan, tapi kalau terjatuh nanti macam mana? Siapa yang susah?
Bukan Diva seorang sahaja yang risau, malah peminatnya juga khuatir apabila melihat video yang dikongsikan Uyaina dalam Instagram.
Dalam video tersebut, kelihatan Uyaina sedang bersiap-siap untuk ke udara bagi mengendalikan rancangan Wanita Hari Ini (WHI).
Rakaman menunjukkan Uyaina yang berada di dalam bilik solekan berjalan menuju ke studio. Tetapi cara dia berjalan boleh membuatkan orang lain rasa berdebar. Laju sungguh!
Apa yang Diva boleh nasihatkan, berhati-hati sahajalah Uyaina ya. Diva dan peminat risau sebab sayang.
DIVA: Nampak kuat, tapi Elyana selama ini berpura-pura kuat sahaja.