fbpx

Tiga penunggang motosikal maut, dua cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN di lokasi kejadian kemalangan di Lebuh Raya Dr. Lim Choong Eu, Gelugor di sini yang membabitkan tiga penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera.

GEORGE TOWN – Tiga penunggang motosikal dilaporkan maut dalam kejadian kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu menghala ke pusat bandar di sini pagi tadi.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada badan dan kepala kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Bagaimanapun, dua penunggang motosikal lagi dilaporkan mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Kesemua mereka dikatakan berusia dalam lingkungan 20-an selain dua daripadanya merupakan adik-beradik.

Ketika ini, ramai sanak-saudara dan kenalan mangsa berkumpul di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.

Maklumat lanjut berhubung kejadian berlaku akan menyusul sebentar nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI