fbpx

Thailand gesa pesakit Covid-19 patuhi kuarantin 10 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua wanita memakai pelitup muka ketika berjalan di bawah hiasan di luar pusat beli-belah di Bangkok pada 6 Disember 2021. - AFP

BANGKOK – Pihak berkuasa kesihatan awam Thailand mendesak orang ramai agar mematuhi tempoh kuarantin kendiri selama 10 hari jika disahkan positif Covid-19, lapor laman berita Thaiger semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Awam, Dr. Rungrueng Kitphati berkata, orang ramai perlu memakai pelitup muka jika mereka terpaksa meninggalkan rumah seperti ke hospital.

Rungrueng menambah bahawa pesakit juga harus tinggal di bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik dan jauh dari orang lain semasa menjalani kuarantin kendiri. 

Beliau turut mengesyorkan pesakit agar menggunakan bilik air berasingan. Jika tidak dapat dilakukan, semua permukaan mesti dinyahkuman selepas pesakit menggunakan bilik air.

“Kami mendapati sebilangan pesakit gagal menuruti arahan kuarantin kendiri selama 10 hari dan mereka keluar dari rumah. Mereka berkemungkinan menyebarkan penyakit itu kepada orang lain,” katanya.

Walaupun dunia kelihatan kembali normal, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa pandemik Covid-19 masih belum berakhir. 

Bagaimanapun, penduduk di Thailand dan kebanyakan negara lain dikatakan sudah muak dengan sekatan kesihatan yang dijalankan pihak berkuasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI