fbpx

Tawaran saman trafik 50 peratus palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar iklan tawaran saman trafik 50 peratus yang disebarkan dalam aplikasi WhatsApp adalah palsu.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan iklan promosi tawaran saman trafik 50 peratus sehingga 20 Julai ini yang didakwa dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) adalah palsu.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, JSPT telah mengesan satu iklan mempromosikan tawaran 50 peratus diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui aplikasi WhatsApp.

“Iklan tersebut memaparkan nilai kadar saman dan jumlah bayaran diskaun serta tawaran sehingga 20 Julai ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak PDRM mendapati iklan promosi saman tersebut adalah palsu.

“Justeru itu, kita sedang menjalankan siasatan ke atas individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita dan iklan palsu berkenaan,” ujarnya.

Jelasnya, orang ramai yang menerima iklan promosi tersebut diminta untuk tidak terpengaruh atau berhubung dengan penama yang dinyatakan dan masyarakat juga dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang berita terutamanya mengenai tawaran pengurangan saman melalui saluran media rasmi PDRM bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI