fbpx

Simpan 671,000 batang rokok seludup dalam van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nasir (kiri) menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah kampung di Kota Bharu pada Rabu lalu.

KOTA BHARU – Cubaan sindiket penyeludup untuk membawa masuk sebanyak 671,000 batang rokok termasuk keretek tanpa cukai gagal selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya mengesan sebuah van yang ditinggalkan di sebuah kampung di sini pada Rabu lalu.

Rokok yang dianggarkan bernilai RM452,725 termasuk cukai itu dirampas kira-kira pukul 12.45 tengah hari selepas JKDM menjalankan risikan mengenai kegiatan penyeludupan di kawasan tersebut.

Pengarah JKDM Kelantan, Mohd. Nasir Deraman berkata, siasatan awal mendapati, sindiket penyeludupan menggunakan van jenis Toyota Hiace yang dijadikan sebagai tempat untuk menyimpan kesemua rokok seludup bagi mengaburi mata anggota penguat kuasa semasa mereka menjalankan kegiatan itu.

Menurutnya, semasa serbuan dijalankan, van terbabit ditinggalkan di kawasan tersebut tanpa pemandu atau individu yang terlibat dalam sindiket yang dijalankan.

“Pemeriksaan di dalam van itu telah menemui sebanyak 82 kotak yang mengandungi rokok seludup dan keretek sebanyak 671,000 batang.

“Siasatan awal mendapati, kesemua rokok-rokok itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan ia akan dijual di pasaran negeri Kelantan,” katanya pada sidang akhbar Ibu Pejabat JKDM, Padang Bongor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Nasir memberitahu, sebanyak 11 juta batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM7.4 juta termasuk cukai sepanjang tempoh enam bulan tahun ini.

Katanya, sepanjang tempoh itu juga, JKDM Kelantan berjaya menahan dan mendakwa 22 indvidu yang terlibat menjalankan kegiatan penyeludupan rokok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI