fbpx

Risiko pekak guna fon telinga dalam jangka masa lama, volum kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penggunaan gajet seperti ‘earphone’, ‘earbud’ dan ‘headphone’ dalam jangka masa lama dengan volum yang kuat boleh mengundang risiko pekak.

Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah melaporkan kira-kira 1.1 bilion penduduk dunia berumur antara 12 tahun sehingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran kerana tahap bunyi tidak selamat daripada peralatan rekreasi seperti alat audio, konsert dan tempat kerja.

“Telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20,000 Hz (20kHz) dan jika ia lebih daripada itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran,” ujarnya menerusi perkongsian di media sosial.

Kataya, menjadi trend remaja zaman kini menggunakan gajet tersebut sama ada untuk dengar muzik, bermain permainan video dan menonton filem bahkan, lebih buruk ia digunakan sambil tidur hingga keesokan hari.

Dalam pada itu, Dr. Ahmad Samhan turut berkongsi panduan seperti mengelakkan penggunaan ‘earbud’ kerana ia mempunyai pembesar suara kecil dengan kelantangan besar yang mampu memberikan kesan lebih besar kepada pendengaran berbanding dengan ‘headphone’ yang hanya dipakai di luar telinga.

Katanya lagi, ramai tidak tahu bahawa penggunaan ‘earphone’ dan ‘headphone’ akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang boleh mengganggu fungsi otak.

“Oleh itu, setiap 90 minit penggunaan ‘earphone’, harus rehatkan telinga agar kesihatannya tidak merosot sehingga menjejaskan pendengaran.

“Beri masa rehat untuk telinga perbaiki kerosakan. Telinga kita memerlukan 16 jam untuk memperbaiki kerosakan disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam,” jelasnya.

Ujarnya lagi, kekalkan penggunaan volum ‘earphone’ pada paras 60 peratus atau kurang daripadanya serta biasakan diri mendengar bunyi dengan volum rendah kerana kekuatan bunyi melebihi 90 desibel hingga 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang telinga rosak teruk.

“Selain itu, bagi yang gemar memakai ‘earphone’ 24 jam sehari siang dan malam, tabiat sebegini harus dibuang. Telinga adalah salah satu anggota badan kita juga dan memerlukan rehat mencukupi untuk berfungsi dengan baik,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI