AMBOI, nakal betul Kak Long Amelina menyakat anak bujangnya. Siap menyanyikan lagu Hindustan untuk si bujang yang kacak itu.
Boleh tahan juga anak kedua penyanyi yang digelar Ratu Dangdut Malaysia itu ya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram milik Amelina, penyanyi lagu Asyik itu dilihat menyakat anaknya yang sedang leka bermain telefon bimbit.
Tersipu-sipu malu. Habis merah padam muka. Selain tertarik dengan wajah anak terunanya yang kacak, Diva juga terhibur membaca komen-komen netizen yang berpendapat Amelina seorang ibu yang menyeronokkan.
Tiba-tiba ramai pula yang mahu menjadi anak kepada Amelina. Masing-masing kata seronok kalau ada ibu sebegitu.
Amelina ketika membalas komen netizen memberitahu, setiap ibu adalah menyeronokkan, tiada ibu yang tidak seronok.
Tiba-tiba teringat ibu di kampung sebab ibu Diva pun pandai menyanyi tau! Ibu selalu menyanyikan lagu Enjit-Enjit Semut untuk Diva.
DIVA: Selepas tahu hal sebenar, akhirnya Afdlin Shauki membuat pusingan U terhadap sokongannya untuk kelab komedi tak berapa kelakar, Crackhouse Comedy Club.