fbpx

Pusat karaoke terbakar lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dalam operasi memadam kebakaran sebuah pusat karaoke di Alor Setar pada pagi tadi.

ALOR SETAR – Sebuah pusat karaoke yang pernah terbakar sehingga mengorbankan tiga nyawa di Jalan Putra, Mergong di sini kira-kira tiga bulan lalu sekali lagi mengalami insiden tersebut pada pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kebakaran kali ini bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kematian atau kecederaan.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu menerusi talian kecemasan 999 kira-kira pukul 10.18 pagi tadi.

“Sebaik menerima laporan, sebanyak 25 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi bersama beberapa jentera. Api berjaya dipadamkan tidak lama kemudian dan kemusnahan dianggarkan sebanyak 70 peratus.

“Pemeriksaan awal dijalankan mendapati tiada mangsa yang terperangkap di dalam premis tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, punca kejadian masih disiasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI