fbpx

Pesawat kargo didakwa bawa muatan ‘berbahaya’ terhempas di Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saksi memaklumkan bahawa pesawat itu sudah terbakar sebelum ia terhempas. - EPA

ATHENS, GREECE – Sebuah pesawat kargo terhempas lewat malam semalam berhampiran Paleochori Kavalas, utara Greece, demikian menurut jabatan bomba.

Saksi berkata, pesawat Antonov An-12 itu terbakar dan mereka ada terdengar bunyi letupan, lapor Agensi Berita Athens.

Seorang penduduk tempatan, Giorgos Archontopoulos berkata, dia menyedari bahawa terdapat kejadian buruk berlaku sejurus terdengar bunyi enjin pesawat.

“Pada pukul 10.45 malam (waktu tempatan), saya terkejut apabila terdengar bunyi enjin pesawat. Saya berlari ke luar rumah dan melihat enjin pesawat sedang terbakar,” katanya kepada stesen penyiaran ERT.

Pegawai tempatan berkata, tujuh jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian, namun tidak dapat menghampiri pesawat tersebut disebabkan letupan berterusan.

Menurut beberapa laporan media, pesawat kargo itu sedang menuju ke Jordan selepas berlepas dari Serbia. Juruterbang ada meminta kebenaran untuk melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Kavala, namun tidak sempat sampai ke situ.

ERT melaporkan, pesawat tersebut merupakan milik Ukraine, selain penduduk tempatan mendakwa ia telah pun terbakar sebelum terhempas.

Tiada sebarang maklumat rasmi mengenai bilangan penumpang di dalam pesawat tersebut yang masih terbakar sehingga kini.

Namun, ERT melaporkan pesawat itu membawa lapan penumpang selain muatan yang dibawa adalah ‘berbahaya’. Polis turut mengarahkan wartawan di lokasi kejadian agar memakai topeng muka.

“Anda perlu berada jauh (dari lokasi pesawat) untuk keselamatan masing-masing. Terdapat laporan mengatakan pesawat ini membawa peluru,” kata seorang anggota bomba. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI