JOHOR BAHRU – Perubahan tingkah laku pelanggan daripada hadir sendiri ke kedai kepada membeli secara online mengakibatkan bisnes jualan perabot oleh Mutiara Jati Sdn. Bhd. makin suram.
“Paling teruk, kami pernah hampir tidak dapat membayar gaji pekerja dan kos-kos lain sehingga syarikat hampir-hampir tutup.
“Semuanya disebabkan perubahan zaman ke arah pendigitalan,” kongsi salah seorang Pengasas Mutiara Jati, Mohd. Husni Mohd. Rusad.
Tidak mahu perniagaan yang telah diusahakan selama lebih 15 tahun karam begitu sahaja, beliau membuang ego untuk mengikuti program Nak Ubah Hidup pada 2019 anjuran RichWorks.
“Pada tahun sama, saya masuk program permentoran Titanium Circle di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
“Itulah turning point saya sehingga dapat membina semula bisnes Mutiara Jati ini sehingga berada dalam keadaan yang lebih selesa sekarang,” ujarnya.
Tambah Mohd. Husni, sebelum menyertai kelas bimbingan RichWorks, jualan bulanan syarikat hanya sekitar RM200,000 hingga RM300,000.
Pada 2021, Mutiara Jati berjaya meraih RM11.8 juta dan menyasarkan jualan RM20 juta tahun ini.
“Mutiara Jati kini memiliki sembilan buah cawangan setakat ini, disokong 40 kakitangan di Malaysia dan 100 di Indonesia.
“Kami memiliki kilang di Indonesia bagi menawarkan kualiti perabot terbaik dan turut bercita-cita meluaskan pasaran di sana,” katanya.
Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan ditawarkan boleh layari Facebook Mutiara Jati.