fbpx

Marc Marquez lega kecederaan lengan kanan semakin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ mengakui teruja dengan perkembangan pembedahan lengannya yang sudah boleh memulakan latihan fisioterapi. – AFP

LONDON – Juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez kembali tersenyum apabila pembedahan lengan kanannya beransur pulih, sekali gus berpeluang cerah untuk kembali ke perlumbaan MotoGP semula.

Selepas enam minggu menjalani pembedahan di Amerika Syarikat (AS), Marquez mendapat lampu hijau daripada pakar perubatan untuk meneruskan sesi fisioterapi dan juga latihan kardio.

“Marquez kini melakukan pemeriksaan berjadual seterus­nya di hospital di Madrid. Pasukan perubatan berpuas hati dengan perkembangan humerus kanan Marquez.

“Selepas itu, Marquez telah dibenarkan untuk memasuki peringkat pemulihan seterusnya dan memulakan fisioterapi terhadap lengan kanan dan latihan kardio,” kata Honda dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Marquez mengakui teruja dengan perkembangan pembedahan lengannya, sekali gus dapat menggunakan tangannya semula.

“Kami mengambil langkah penting dalam proses pemulihan. Dalam pemeriksaan kedua ini, doktor telah mengesahkan bahawa tulang humerus bercantum dengan betul.

“Oleh itu, kami boleh memulakan latihan fisioterapi pada lengan kanan dan latihan kardio. Sudah pasti saya sangat teruja untuk menggunakan lengan saya dan meneruskan proses pemulihan ini.

“Apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan perubatan atas rawatan dan perhatian mereka terhadap saya selama ini,” kata Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI