PUTRAJAYA – Jumlah kes baharu Covid-19 kekal melebihi angka 5,000 apabila sebanyak 5,047 kes dilaporkan semalam dengan tiga kes import berbanding 5,230 kes kelmarin yang menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 4,581,208 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,273 kes aktif telah direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 42,481 kes manakala sebanyak 3,770 kes sembuh daripada Covid-19 juga telah direkodkan.
“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,925 diikuti Kuala Lumpur (1,365), Perak (306), Negeri Sembilan (276), Sabah (274), Pulau Pinang (265), Melaka (128), Putrajaya (116), dan Kedah (113).
“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Sarawak (74), Johor (73), Pahang (56), Kelantan (56), Terengganu (22), Perlis (sembilan) dan Labuan (lapan),” demikian maklumat tersebut hari ini.
Pada masa sama, sebanyak lima kematian telah dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,848 dan BID 7,602.
Sebanyak 40,923 kes dikuarantin di rumah, 39 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,459 kes di hospital, 26 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 34 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE