fbpx

Jenazah kembar abang selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA di pekarangan kediaman keluarga kembar abang, Muhamad Shazwan Hakim di Batu Maung di sini petang tadi

GEORGE TOWN – Jenazah kembar abang, Muhamad Shazwan Hakim Mohd. Abdul Sani, 22, yang terkorban dalam kemalangan melibatkan lebih lima motosikal dan sebuah kereta di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Gelugor di sini pagi tadi selamat dikebumikan sebentar tadi.

Anak sulung daripada empat beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Maung kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Upacara pengebumian Muhamad Shazwan Hakim turut dihadiri kira-kira 50 sahabat handal dan sanak-saudara.

Bapanya, Mohd. Abdul Sani, 40-an, ketika ditemui Kosmo! di sini berkata, dia reda dengan pemergian anak sulungnya selepas selang empat bulan anak ketiganya, Muhamad Shazril Haikal, 20, maut dalam kemalangan di Parit Buntar, Perak Mac lalu.

“Saya sememangnya masih terkejut dengan berita kematian anak sulung namun terpaksa reda dengan kehendak Ilahi,” ujarnya.

Dalam kejadian kemalangan itu, seorang lagi adik kembar, Muhamad Shazwan Hakim iaitu Muhamad Shazwan Hafis mengalami kecederaan parah dan kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP).

Turut terkorban di tempat kejadian ialah dua lagi rakan pasangan kembar tersebut iaitu Muhamad Eizreel Muhamad Roszadi, 25, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul ,19 termasuk seorang lagi penunggang motosikal, Muhammad Harith Zikri Yusnizar, 17, yang meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah, Unit Kecemasan HPP pada pukul 10.45 pagi tadi. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI