fbpx

EU saman Hungary kerana diskriminasi hak LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail Mahkamah Keadilan EU di Brussels. - Getty Images

BRUSSELS – Suruhanjaya Ero­pah merujuk Hungary kepada Mahkamah Keadilan (CJEU) berhubung dakwaan pencabulan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta kebebasan bersuara.

Keputusan mengenainya diumumkan kelmarin.

Budapest didakwa berhu­bung Akta Perlindungan Ka­nak­-Kanaknya yang kontroversi. Undang-undang tersebut pada asalnya digubal untuk menanga­ni jenayah pedofilia dan melin­du­ngi kesejahteraan kanak-kanak.

Undang-undang berkenaan bagaimanapun dipinda tahun lepas untuk melarang paparan kandungan homoseksual atau perubahan jantina dalam program pendidikan untuk mereka yang berumur bawah 18 tahun. Larangan sama terpakai untuk media yang menyediakan kan­dungan kepada golongan bawah umur.

Walaupun pindaan itu dikritik keras oleh banyak kumpulan hak sebagai diskriminasi, parti pemerintah Hungary, Fidesz menegaskan, pindaan itu perlu untuk melindungi kanak-kanak daripada pedofilia.

“Perlindungan kanak-kanak adalah keutamaan mutlak bagi Kesatuan Eropah (EU) dan negara anggotanya.

“Bagaimanapun, undang-un­dang Hungary itu mengandungi peruntukan tidak wajar atas dasar untuk mencapai objektif yang dinyatakan,” demikian me­nurut kenyataan suruhanjaya itu yang turut mendakwa bahawa undang-undang tersebut me­langgar peraturan EU.

Suruhanjaya Eropah juga me­nyaman Budapest berhubung isu berasingan yang mempunyai kaitan dengan dakwaan pelanggaran kebebasan bersuara.

Kes itu berpunca daripada keputusan Majlis Media Hungary yang menolak permohonan ste­sen radio tempatan, Klubradio untuk menggunakan frekuensi radio sebaik sahaja lesen penyia­rannya tamat.

Stesen radio berfahaman li­beral itu telah dinafikan daripada memperbaharui lesen susulan dakwaan ia berulang kali me­langgar undang-undang media Hungary pada akhir 2020. Stesen radio liberal itu hanya berope­rasi secara online sejak dari itu.– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI