fbpx

Bas pekerja terbakar bergerak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah bas pekerja yang terbakar dan bergerak sendiri di Pelabuhan Klang, semalam. FOTO MEDIA SOSIAL

KLANG – Suasana di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang di sini bertukar kecoh berserta panik apabila sebuah bas pekerja terbakar dan bergerak sendiri, petang semalam.

Bagaimanapun dalam kejadian tersebut tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Insiden itu kemudiannya tular di aplikasi TikTok menerusi video berdurasi satu minit 54 saat memaparkan bas tersebut melanggar beberapa buah kenderaan sebelum berhenti selepas merempuh sebuah premis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai bersama jentera Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.16 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal mendapati pemandu bas berjaya menurunkan penumpang selepas ternampak asap pada enjin kenderaan.

“Pemandu kemudiannya telah mengambil alat pemadam api untuk memadamkan namun gagal.

“Bas itu bergerak tanpa pemandu ke kanan jalan sehingga laluan bertentangan sebelum merempuh tiang kedai keperluan harian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, bas tersebut dianggarkan terbakar 40 peratus dan tidak melibatkan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI