Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam restoran yang terletak di Bandar Perda dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu, pengunjung pasti tidak berkelip mata melihat dekorasi unik yang dipamerkan si pemiliknya. Manakan tidak, di segenap ruang premis itu dilihat sarat dengan koleksi barangan antik seperti motosikal-motosikal lama, radio, gambar lama serta lain-lain barangan dan perkakasan yang mempunyai nilai sentimental tersendiri untuk tatapan pelanggan. Dinamakan Motowarung, ia jelas menggambarkan apa antara elemen utama atau keunikan yang dipertaruhkan dan bakal disaksikan. Bercakap kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya