EMPUNYA badan sepertinya sudah bersedia tetapi calon suami masih belum ditemui.
Mungkin itu yang hendak disampaikan Amira Othman dalam sebuah video TikToknya baru-baru ini dengan memberitahu dia sangat sukakan kanak-kanak dan meminta orang ramai mendoakan jodohnya.
“Saya sangat sukakan kanak-kanak. Semoga Nadia Amira Othman dikurniakan jodoh pada waktu terbaik yang Allah SWT sudah aturkan.
“Semoga saya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Tolong aminkan ya,” tulisnya.
Nampaknya pelantun lagu Hati-Hati itu seperti sudah bersedia bergelar isteri, namun sama seperti wanita lain, dia juga mengimpikan seorang suami yang benar-benar terbaik untuk dirinya.
Sama-sama kita doakan impian Amira ditemukan jodoh termakbul.
DIVA: Masih tercari jawapan tentang jejaka yang berjaya mencuri hati kawan baik Amira iaitu Wany Hasrita.