PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan bagi Miri, Sarawak pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran ituberkuat kuasa sehingga pukul 11 pagi ini.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan di Facebook tadi. – KOSMO! ONLINE