fbpx

1,447 kes malaria, 7 kematian dicatatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (dua dari kiri) melawat kemah pameran Malaria selepas merasmikan Sambutan Hari Malaria Peringkat Kebangsaan di Meru Raya, Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFL

IPOH – Sebanyak tujuh kematian kes malaria dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) berlaku di negara ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata daripada jumlah berkenaan enam merupakan kematian melibatkan jangkitan malaria zoonotik manakala satu kes melibatkan jangkitan manusia yang berlaku di luar negara dan dibawa masuk ke Malaysia.

Menurut Noor Azmi, meskipun terdapat kematian melibatkan pesakit malaria di negara ini keadaan masih terkawal dan orang ramai diminta agar tidak bimbang ekoran KKM sentiasa berusaha mengawal penyakit tersebut.

“Sehingga minggu epidemik (ME) ke27 hanya ada tujuh kematian dilaporkan di mana satu di Johor, Pahang dan Sarawak, manakala masing-masing dua kes di Terengganu dan Sabah.

“Orang ramai tidak perlu bimbang namun pada masa sama kita tidak boleh leka. Kita (KKM) sentiada memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa malaria masih wujud dan kebanyakannya adalah kumpulan zoonotik di mana perumahnya adalah haiwan iaitu monyet dan kera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Azmi berkata sebanyak 1,447 kes malaria dilaporkan kepada KKM bagi tempoh sama iaitu 2 Januari sehingga 9 Julai tahun ini di mana 1,311 kes merupakan malaria zoonotik dan 136 kes pula malaria melibatkan jangkitan manusia melibatkan kes import dan introduce.

Katanya, Sabah merupakan negeri tertinggi mencatatkan kes malaria sebanyak 786 kes di mana 782 daripadanya merupakan kes malaria Zoonotik dan diikuti Sarawak sebanyak 390 kes dan Kelantan 72 kes yang dilaporkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI