SEBERANG PERAI – Pasangan suami isteri warga emas sanggup berkorban masa setiap hari selama setahun untuk menziarahi pusara dua anak mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19. Pengorbanan Adnan Zakaria, 71, dan isterinya, Che Sayang Arshad, 67, telah mendapat perhatian orang ramai selepas tular video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok milik anak ketujuh pasangan itu, Muhammad Nazreen, 28, baru-baru ini. Video berdurasi satu minit tersebut sehingga kini telah meraih jumlah tontonan melebihi 223,000. Muhammad Nazreen berkata, bapa dan ibunya sehingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya