fbpx

Tular surat cinta untuk Naim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat cinta untuk Naim yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Surat cinta yang ditulis dipercayai seorang pelajar perempuan tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Surat yang dimulakan dengan nama Naim itu menceritakan kesedihan individu tersebut yang beranggapan cintanya bertepuk sebelah tangan.

“Naim, aku sebenarnya jealous sebab kau suka Amani, Aku dah tak mampu nak kejar kau lagi.

“Pilihan ditangan kau, aku harap kau akan pilih aku sebagai girlfriend kau. Aku minta maaf kalau lukakan hati kau,” katanya.

Menerusi surat tulisan tangan tersebut turut meminta individu bernama Naim itu membalas dan meletakkan semua surat di bawah meja.

Hantaran tersebut menerima lebih 1,100 komen dan 1,800 pelbagai reaksi orang ramai.

Rata-rata menyifatkan surat cinta terbabit seperti drama petang yang penuh dengan ‘plot twist’.

“Apa ini, Naim suka Amani tapi kau suruh Naim pilih kau pada masa sama suruh kawan itu buat keputusan, kau yang kejar dia lepas itu kau minta maaf, kalah drama melayu. Apa la kesudahan cerita ini ya?,” @Saliman

“Ayat tulisan tu, kalah orang dewasa, mesti banyak layan drama petang-petangkan dik?,” @nuurole.

“Harap-haraplah Naim itu dah pandai baca, lain kali cuba letak bedak dalam surat, mana tahu menjadi,” @kikocat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI