fbpx

Tak perlu kaca mata, guna ubat titis atasi masalah rabun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ubat titis mata Vuity telah memasuki pasaran secara rasmi. - Allergan

WASHINGTON – Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) telah meluluskan sejenis ubat titis mata yang boleh menggantikan fungsi kaca mata, lapor laman berita Wion News semalam.

Ubat dinamakan Viuty ini didakwa mampu menyelesaikan masalah rabun dekat.

Menurut laman Express.co.uk, ubat titis mata itu perlu digunakan sekali setiap enam jam dan mula berfungsi dalam masa 15 minit selepas titisan.

Menurut laporan tersebut, Viuty adalah bentuk formulasi sebatian yang dikenali sebagai pilocarpine. 

Ubat titis mata itu boleh meningkatkan penglihatan jarak dekat sambil mengekalkan penglihatan jarak jauh.

Ubat itu paling berguna untuk individu berusia antara 44 tahun hingga 55 tahun. Penyelidik-penyelidik turut melakukan ujian terhadap Viuty melibatkan 750 peserta.

Semua peserta kajian itu mengaku tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang teruk selepas menggunakannya.

Hanya beberapa peserta melaporkan mengalami sakit kepala ringan dan mata mereka kemerahan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI