fbpx

Syarikat gergasi kelapa sawit digesa bantu imbangi kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Keadilan ke-16 di IDCC, hari ini. - FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Syarikah gergasi yang memiliki ladang kelapa sawit digesa menjual hasil tanaman pada harga lebih murah kepada syarikat pembuat minyak masak dalam membantu mengimbangi kos ni sara hidup rakyat.

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu agar individu berpendapatan rendah (B40) dapat membeli minyak masak dengan harga murah.

“Syarikat yang mempunyai keuntungan satu atau setengah bilion, tak boleh kah peruntukan 10 hingga 15 peratus untuk penjualan dalam negara khusus untuk golongan B40 dengan harga yang lebih rendah berbanding harga (yang ditetapkan dalam) pasaran antarabangsa.

“Syarikat-syarikat ini patutnya beri peruntukan khas penjualan (buah kelapa sawit) murah supaya (syarikat pembuat minyak masak hasilkan minyak masak) kepada golongan miskin,” katanya ketika berucap dalam ucapan dasar Presiden dalam Kongres Nasional Keadilaan ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15 di sini, hari ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang menegaskan idea berkenaan pernah disalurkan kepada beberapa syarikat gergasi namun tidak mendapat maklum balas yang positif.

Jelas beliau, mereka memberikan alasan tidak dapat berbuat demikian kerana perlu menghormati harga yang ditentukan oleh pasaran antarabangsa.

Ini seterusnya, kata Anwar, memperlihatkan syarikat ini hanya memikirkan keuntungan semata-mata berbanding mahu membantu rakyat Malaysia yang kini terpaksa membeli minyak masak dengan harga yang semakin mahal.

“Saya faham sekiranya kalau barang tersebut mahal sekiranya barang tersebut kita import.

“Kelapa sawit kita hasilkan (dan apabila harganya meningkat), syarikat besar untung besar, jadi apa salahnya ada sedikit peruntukan bagi aspek ini,” soalnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI