fbpx

Rakan suspek kes bunuh suami dicekup di Majidee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat seorang lelaki yang mati dipercayai dipukul isterinya dalam kejadian di Taman Daya, Johor Bahru, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang disyaki memukul suaminya hingga mati di kediaman mereka di Flat Nipah, Taman Daya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 52 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 malam di kawasan Majidee pada hari yang sama.

Beliau berkata, suspek yang ditahan itu merupakan rakan kepada isteri mangsa.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Suspek juga mempunyai lima rekod lampau iaitu dua kes berkaitan dadah, dua kes berkaitan jenayah dan satu kes berkaitan jenayah komersial.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati suspek dan isteri mangsa didapati di bawah pengaruh dadah ketika kejadian itu berlaku,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berita berkaitan: Bunuh laki sebab ditegur tak memasak

Semalam, seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat dipukul isterinya dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya pada pukul 7.50 pagi.

Ibu kepada dua orang anak itu dipercayai bertindak membunuh suaminya berusia 44 tahun dengan memukul bahagian kepala menggunakan objek tumpul.

Mangsa ditemukan maut terbaring di dalam rumah berkenaan dengan anak sulung suspek merupakan saksi kepada kejadian yang berlaku.

Raub memberitahu, suspek dan isteri mangsa dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini hari ini bagi permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, kedua-dua direman tujuh hari sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan.

Katanya, isteri mangsa ditahan berhampiran lokasi pembunuhan dan didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Jelasnya, dua anak mangsa yang berusia dua dan 11 tahun kini di bawah jagaan oleh ayah dan adik kepada mangsa.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI