fbpx

Punyalah minat, pengantin jadikan Doraemon tema majlis persandingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video majlis perkahiwnan adat Jawa yang bertemakan kartun popular Jepun, Doraemon. - TikTok

JAKARTA – Dekorasi sebuah majlis perkahwinan adat Jawa di Palembang menjadi tular apabila pengantin memilih tema kartun popular Jepun, Doraemon, lapor laman Wolipop semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok, majlis itu dihiasi elemen tradisional masyarakat Jawa biasa sehinggalah gambar latar belakang pelamin terpampang gambar Doraemon.

Gambar latar itu sangat jelas dan diletakkan betul-betul di belakang kedua-dua pengantin yang duduk di pelaminan.

Video itu dihujani ribuan komen pengguna media sosial yang meluahkan rasa lucu melihat tahap obsesi pengantin pada kartun Doraemon.

“Saya juga minat kartun Doraemon tetapi tidak terfikir mahu dijadikan tema perkahwinan,” komen seorang pengguna media sosial.

“Kasihan, suaminya pasti menjadi bahan ajukan rakan-rakan selepas ini,” kata netizen lain. 

Video itu mendapat lebih dua juta tontonan dan menerima lebih 109,000 tanda suka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI