fbpx

Pesara rugi setengah juta ditipu ‘polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang pesara lelaki mengalami kerugian sejumlah RM529,300 gara-gara diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa berusia 85 tahun itu hanya menyedari menjadi mangsa penipuan ketika membuat semakan akaunnya Khamis lalu.

Beliau berkata, mangsa menerima panggilan dari suspek pada pertengahan Mei lalu yang menakutkan mangsa dengan memberitahu dia terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram dan akaun banknya akan disiasat pihak berkuasa.

“Mangsa yang terpedaya dengan kata-kata suspek telah mengikut arahannya dengan memindahkan semua wang miliknya ke dalam salah satu akaun bank yang lain.

“Mangsa itu juga turut menyerahkan akses perbankan dalam talian akaun berkenaan selain menyerahkan kad ATM miliknya kepada suspek.

“Transaksi dilakukan oleh suspek sejak 26 Jun hingga 6 Julai lalu dengan pengeluaran awal yang dilakukan adalah RM10,000 melalui mesin ATM dan RM30,000 melalui pemindahan wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman memberitahu, mangsa telah membuat semakan akaun miliknya mendapati wang berjumlah RM529,300 telah ‘lesap’ dari akaun tersebut tanpa pengetahuannya.

Beliau berkata, hasil semakan yang dilakukan warga emas itu mendapati wang simpanannya telah dipindahkan kepada beberapa pihak yang tidak kenali.

“Mangsa mengesyaki dirinya telah ditipu dan telah membuat laporan polis pada semalam.

“Polis menjalankan siasatan meliputi penglibatan keldai akaun sekiranya ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang terlibat,” katanya.

“Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai panggilan melalui telefon yang mendakwa sebagai pihak berkuasa. Gunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan iaitu CCID Scam Response Centre, CCID Infoline dan Semak Mule bagi mendapatkan sebarang maklumat berkenaan jenayah komersil,” katanya.

Kes disiasat dibawah seksyen 420 kanun keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI