fbpx

Pemandu lori ditahan ugut isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang pemandu lori ditahan polis awal pagi tadi di sekitar Taman Bukit Teratai selepas mengugut isterinya yang memfailkan permohonan cerai di mahkamah baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada 11 Julai lalu kira-kira pukul 9.15 malam di kediaman mangsa sekitar Taman Muda di sini.

“Suami mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori berusia 32 tahun telah ke rumah mangsa yang berusia 31 tahun sebelum membuat bising di luar rumah dan memarahi mangsa termasuk mengeluarkan perkataan berbaur ugutan.

“Ia berikutan tindakan wanita terbabit memfailkan permohonan cerai di mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk memberitahu, pihaknya telah menahan suspek kira-kira pukul 2.15 pagi tadi di sekitar kawasan Taman Bukit Teratai.

“Semakan mendapati, suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah dan akan direman selama tiga hari sehingga Isnin depan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan sehingga mendatangkan ketakutan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI