fbpx

Liga Super: Penyokong Sabah koyak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan seorang lelaki menarik turun bendera Johor dengan kasar dalam perlawanan JDT menentang Sabah FC malam tadi.

PETALING JAYA – Perlawanan Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah FC di Stadium Likas, malam tadi dicemari dengan insiden balingan botol dan cemuhan.

Kejadian berlaku selepas pasukan JDT berjaya meledakkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan tersebut.

Menerusi video yang tular di media sosial, seorang lelaki dipercayai penyokong pasukan Sabah FC bertindak menarik turun bendera Johor dengan kasar sehingga menimbulkan rasa kurang senang penyokong skuad JDT.

Video yang dikongsi @cacingturki1 berdurasi 20 saat itu jelas memaparkan ketegangan antara penyokong kedua-dua pasukan namun tiada pergaduhan berlaku.

Kejayaan JDT meledak gol menerusi sepakan percuma penyerang JDT, Fernando Martin Forestieri turut dicemari insiden balingan botol oleh penyokong Sabah FC yang tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil memberikan sepakan percuma.

“Saya ini pun orang Sabah, apa benda mahu baling-baling botol, kalah menang, kita santai-santai sahaja,” kata user1234.

Sementara itu, @Kcung Real berkata, tindakan mencabut bendera itu tidak akan membuat Sabah menang dan hanya memalukan sahaja.

“Tengok bola, sokong betul-betul, kalah menang itu adat bertanding, dah kalah jangan koyak,” @imawariey – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI