fbpx

Kembar tiga seiras tidak pernah berpisah lebih 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mereka bertiga tidak pernah berada jauh antara satu sama lain sejak dilahirkan. - Facebook

ROCKY MOUNT, Carolina Utara – Sekumpulan tiga beradik yang merupakan kembar tiga seiras mendedahkan bahawa mereka tidak pernah berjauhan lebih 48 jam sejak dilahirkan, lapor portal berita MailOnline.

Mereka yang dikenali sebagai Benjamin, Nicholas dan Zachary Osborne kini berusia 27 tahun. Ini bermakna pasangan kembar tiga tersebut hidup bersama hampir 30 tahun tanpa terpisah.

Mereka menuntut di kolej sama, mendapat ijazah dalam jurusan sama dan menjalani latihan industri untuk ahli politik yang sama. 

Benjamin, Nicholas dan Zachary kini menyambung pelajaran mereka di Universiti Oxford, England dalam jurusan pentadbiran undang-undang.

Kembar tiga itu mempunyai bilik sendiri semasa masih kanak-kanak tetapi mereka se­ring tidur sebilik.

Mereka juga berkongsi minat sama termasuk menggemari bertih jagung, obses membaca  buku cerita Harry Potter dan suka merakam gambar seni bina.

Adik-beradik itu berkata, mereka jarang bertengkar dan sekiranya ia berlaku, mereka bertelingkah berhubung perkara remeh dan berbaik semula  dalam masa beberapa minit sahaja.

“Kami kawan baik dan saya sedar ia kedengaran memalukan, tetapi apabila saya sendirian, ia seperti berjalan dengan sebelah kaki dan sebelah tangan.

“Tanpa dua lagi adik-beradik, saya seolah telah kehilangan sebahagian daripada diri saya,” kata Benjamin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI