fbpx

Ekspatriat tidak suka New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
New Zealand telah menduduki tempat ke-51 dalam senarai destinasi terbaik untuk ekspatriat. - Fiona Goodall/Getty Images

WELLINGTON – Satu kaji selidik baharu mendapati New Zealand menduduki tempat kedua tercorot di dunia untuk golongan ekspatriat (orang yang tinggal di negara asing), lapor laman berita Wion News kelmarin.

Pertubuhan rangkaian eks­patriat, InterNations mela­kukan kaji selidik itu yang melibatkan kira-kira 12,000 responden dengan 177 kewarganegaraan berbeza dan tinggal di 181 negara. 

Menerusi kaji selidik ber­kenaan, mereka mendapati bahawa kadar penerimaan pendatang asing terhadap New Zealand adalah sangat rendah dengan markah keseluruhan sifar peratus dalam kalangan responden.

Tinjauan sama bagaimanapun menunjukkan bahawa kebanyakan responden berasa sangat positif terhadap kediaman baharu mereka.

Majoriti responden merasakan tempat baharu mereka secara keseluruhan, adalah berkualiti di samping kos penyelenggaraan yang rendah berbanding di negara asal. 

Mereka juga mengaku mempunyai kualiti hidup lebih baik di tempat rumah baharu berbanding kediaman lama, namun turut menyatakan kebimbangan mengenai kos sara hidup, aspek keselamatan dan birokrasi.

New Zealand menduduki tempat ke-51 dalam ranking antarabangsa melibatkan 52 negara, manakala Kuwait pula menduduki tempat tercorot, demikian menurut kaji selidik berkenaan.

Bagaimanapun, jirannya, Australia berada di kedudukan ke sembilan sekali gus jauh lebih baik. Gabungan beberapa faktor menyumbang kepada skor tinggi Australia termasuk pekerjaan dan upah yang berbaloi.

New Zealand juga muncul sebagai negara berprestasi pa­ling buruk dari sudut ukuran kewangan peribadi.

Sebanyak 48 peratus res­ponden berkata, pendapatan isi rumah di New Zealand tidak mencukupi untuk menjalani kehidupan yang selesa berbanding 28 peratus responden yang merasakan demikian di seluruh dunia ketika mereka berdepan kos sara hidup tinggi dan gaji rendah.

Akhbar The Guardian me­laporkan, New Zealand berada di bawah purata global untuk responden yang merasakan gaji yang dibayar kepada mereka adalah setimpal, merasakan pekerjaan mereka mempunyai masa depan atau menyukai waktu bekerja. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI