fbpx

Biar gagal jadi isteri, tak gagal jadi ibu – Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA Rudaini sentiasa dipuji kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu sendirian dengan cemerlang walaupun tanpa kehadiran suami di sisi.

PETALING JAYA – Tidak lagi menjawat status sebagai seorang isteri selepas hampir sedekad bukan menjadi satu masalah buat aktres, Rita Rudaini.

Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar memaklumkan, kegagalan menjadi seorang isteri tidak bermakna seseorang wanita itu juga harus gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Berkongsi satu video dalam Instagram yang turut memaparkan dua anak tersayang, Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11, yang kian membesar, Rita berkongsi rasa hatinya berhubung perihal tersebut.

“Biar gagal menjadi seorang isteri, yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu,” tulisnya ringkas dalam video dikongsi dalam Instagram.

Sungguhpun bergelar ibu tunggal, pelakon filem Mami Jarum Junior itu sentiasa mengutamakan kebajikan dan perihal masa depan anak-anak termasuk berkaitan ilmu agama serta akademik.

Anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin membuatkan ramai berasa bangga apabila diterima masuk belajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan pada April lalu.

Untuk rekod, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan namun berpisah pada 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI