fbpx

Bianca Andreescu buat kemunculan pada Terbuka Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDREESCU bersedia kembali ke gelanggang selepas yakin dengan fizikal dan mental untuk menghadapi Terbuka Kanada bulan depan. – AFP

TORONTO, Kanada – Bintang tenis Kanada, Bianca Andreescu bakal membuat kemunculan semula menjelang Terbuka Kanada yang berlangsung pada 7 hingga 14 Ogos depan dalam misi untuk memburu kemenangan yang diraih sewaktu 2019.

Pada musim 2022, Andreescu mengambil masa lama untuk kembali ke gelanggang, malah terlepas tiga kejohanan penting seperti Terbuka Australia, Indian Wells, Terbuka Miami gara-gara kecederaan buku lali dialaminya musim lalu.

Kini, atlet berusia 22 tahun itu dilihat bersedia kembali ke gelanggang pada April lalu untuk mendapatkan rentak permainannya semula. Meskipun tersingkir awal pada saingan Wimbledon baru-baru ini, Andreescu tidak berputus asa dan meneruskan perjuangannya pada Terbuka Kanada.

“Ketika ini saya lebih yakin berbanding perlawanan sebelum ini. Saya lebih teruja kembali ke Toronto kerana mempunyai kenangan terindah di sini kerana saya membesar di gelanggang ini.

“Sudah pasti, ia akan memberi lebih banyak tekanan kepada saya sendiri kerana saya benar-benar mahu tampil dengan lebih cemerlang di laman sendiri.

“Secara keseluruhan saya sudah lebih baik terutama fizikal dan mental untuk menghadapi kejohanan ini pada bulan depan. Saya yakin mampu melakukan dengan baik nanti,” Andreescu.

Sebelum ini, Andreescu me­lakukan kejutan meraih gelaran Terbuka Kanada 2019 dan berjaya berada di ranking No.4 dunia apabila turut memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Namun, malang menimpa Andreescu apabila diketepikan selama 15 bulan gara-gara kecederaan lutut kiri dan lebih mengecewakan dia turut dijangkiti Covid-19, sekali gus mengambil keputusan untuk berehat pada hujung tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI