fbpx

Anggota polis parah, motosikal terbabas dihimpit penyeludup diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membantu anggota polis yang terlibat kemalangan akibat dihimpit kenderaan pacuan empat roda di Kulim pada pagi ini.

KULIM – Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cedera parah di kepala selepas motosikal ditungganginya terbabas akibat dihimpit kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki disyaki penyeludup minyak di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu berlaku di Jalan Kulim-Serdang berhampiran Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Kulim.

Mangsa berusia 31 tahun dan berpangkat koperal dari Balai Polis Hi-Tech Kulim kini dilaporkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, kejadian berlaku ketika anggota terbabit bersama rakan setugas cuba mengejar kenderaan jenis Nissan Frontier dipandu seorang lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan.

“Suspek berusia 40-an bertindak menghimpit motosikal anggota terbabit sehingga mengakibatkannya terbabas lalu terjatuh. Anggota mengalami kecederaan parah pada kepala dan belum sedarkan diri,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, suspek kemudian berjaya ditahan di kawasan Butterworth, Pulau Pinang kira-kira pukul 12 tengah hari tadi dan soal siasat mendapati suspek  yang berasal dari Sungai Petani mempunyai tiga rekod jenayah lampau serta positif dadah  jenis THC.

Tambahnya, pemeriksaan ke atas kenderaan suspek mendapati ia telah diubah suai dengan meletakkan tangki minyak tambahan di bahagian belakang kenderaan.

“Kita percaya suspek terlibat dalam dalam kegiatan penyeludupan minyak. Kes disiasat di bawah Seksyen  307/186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 42 (1) dan  44 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI