fbpx

8 sekeluarga dihanyutkan ombak di Oman, dua maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGAP layar memaparkan senario sebuah keluarga dari India sedang berswafoto di pinggir pantai di Oman ketika ombak deras menghempas mereka. - Twitter

MUSCAT, OMAN – Percutian sebuah keluarga dari India di pantai Oman bertukar tragedi apabila lapan daripada mereka dihanyutkan ombak besar dengan dua orang maut, manakala usaha mencari tiga mangsa lain diteruskan, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut agensi berita Press Trust of India (PTI), keluarga tersebut berasal dari negeri Maharashtra, barat India dan menetap di Dubai.

Tragedi itu berlaku pada petang Ahad lalu ketika Shashikant Mhamane, 42, isteri dan anak-anak mereka Shruti, 9, dan Shreyas, 6, menghabiskan masa di pantai Salah al-Mughsail.

Daripada kelapan-lapan mangsa, tiga yang dihanyutkan ombak berjaya diselamatkan sejurus selepas kejadian dengan rawatan kecemasan diberikan segera, kata pihak berkuasa.

Pihak Berkuasa Pertahanan Awam dan Ambulans Oman (CDAA) menyatakan, dua ahli keluarga itu termasuk seorang kanak-kanak ditemui mati pada Selasa lalu.

Rakaman kejadian menjadi tular di laman Twitter dengan keluarga itu dilihat berdiri di pinggir pantai apabila ombak besar dan kuat menghempas mereka.

Sebaik ombak reda, kelihatan seorang wanita menangis meminta tolong apabila dua mangsa lain dihanyutkan oleh air deras.

Kejadian itu adalah satu daripada banyak kes yang dilaporkan di Oman pada hujung minggu lalu apabila hujan lebat menyebabkan ombak besar melanda kawasan pantai.

CDAA pada 10 Julai lalu mengumumkan penutupan banyak tempat pelancongan untuk mengelakkan kematian atau kemalangan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI