fbpx

4 tukang masak warga Pakistan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
4 PATI warga Pakistan ditahan selepas didapati tidak mempunyai dokumen yang sah untuk bekerja. - FOTO IHSAN JIM

PETALING JAYA – Sebuah restoran terkenal di sekitar Bangi dikesan menggajikan empat lelaki yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Pakistan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) pada Khamis lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, keempat-empat lelaki warga Pakistan terbabit bekerja sebagai tukang masak dan cuci di restoran terbabit.

“Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan awam yang gusar akan status tukang masak warga asing sama ada mempunyai dokumen yang sah dan sudah mendapat suntikan Typhoid untuk mengendali makanan.

“Kesemua warga asing yang ditahan tidak mempunyai dokumen yang sah untuk bekerja di premis terbabit. Kita juga melakukan pemeriksaan di asrama kediaman yang terletak tidak jauh dari premis terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kempat-empat PATI berusia dalam lingkungan 26 hingga 44 tahun itu dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“JIM juga mengeluarkan dua notis untuk hadir memberi keterangan kepada pekerja warga tempatan yang berada di dalam premis semasa serbuan dijalankan. – KOSMO! ONlINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI