fbpx

160 belia sertai Program Bijak Usahawan Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aznan (tengah) dan Syaiful (dua kanan) bergambar bersama peserta-peserta Program Bijak Usahawan Muda di Dewan Seminar 49 Space Event, Kota Tinggi, Johor hari ini.

PETALING JAYA – Seramai 160 usahawan muda di sekitar Johor menyertai Program Bijak Usahawan Muda anjuran Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Persatuan Belia Bintang Selatan Johor Bahru hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin berkata, program tersebut sekali gus dapat memberi galakan dan dorongan kepada golongan usahawan dalam merancang strategi pemasaran serta memastikan perniagaan mereka mempunyai matlamat yang jelas.

Katanya, pengalaman sahaja tidak mencukupi dalam membantu seseorang usahawan untuk membangun dan berkembang ke peringkat seterusnya.

“Mereka memerlukan pengetahuan asas serta sokongan daripada individu atau entiti yang mahir dalam bidang perniagaan.

“Inisiatif ini secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi serta isi pendapatan rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Syaiful Rizal berkata, usaha ini diharapkan merupakan salah satu langkah yang terbaik khususnya membantu anak muda untuk terus bergiat aktif dalam bidang keusahawanan.

“Justeru, kita berharap dengan penganjuran program seperti ini dapat memberi satu momentum kepada usaha untuk melahirkan usahawan muda yang berdaya saing dan berdisiplin,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI