fbpx

11 rumah jadi kedai haram Bangla digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan termasuk arak yang disita dari kedai yang digempur MPK.

KLANG – Kegiatan haram 11 kedai warga Bangladesh yang beroperasi tanpa lesen di sebalik rumah kediaman di sekitar Meru di sini, tumpas selepas digempur Majlis Perbandaran Klang (MPK), malam tadi.

Lebih mengejutkan, serbuan bermula pukul 8 malam itu turut mengesan wujud penjualan arak secara haram di premis yang diubah suai berkenaan.

Timbalan Pengarah Penguat kuasa MPK, Shahrul Hazri Abd. Majid berkata, operasi selama tiga jam itu dijalankan hasil maklumat awam berkaitan perniagaan warga asing di Jalan Abadi, Taman Daya, Jalan Sesenduk dan Jalan Teratai.

Katanya, pemeriksaan pihaknya mendapati kesemua 11 premis itu merupakan kedai runcit yang beroperasi tanpa lesen perniagaan sah antara tiga hingga empat tahun lalu.

“Kesalahan itu menyebabkan kita menyita semua barangan termasuk arak, tong gas, alat timbang digital dan peralatan dapur.

“Kesemua nilai rampasan berkenaan dianggarkan berjumlah RM9,700,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Shahrul Hazri, serbuan itu kali ketiga dilakukan pihaknya di lokasi sama tahun ini.

“Siasatan mendapati kedai haram itu dikendalikan warga Bangladesh yang diubah suai di rumah kediaman.

“Kita menerusi Jabatan Bangunan turut melakukan operasi perobohan premis tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau, MPK akan menjalankan operasi seumpama itu secara berterusan dan amat mengharapkan kerjasama orang ramai bagi membanteras aktiviti haram tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI