fbpx

Tolak ‘khemah besar’ kalau bersifat menjatuhkan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak sebarang idea khemah besar sekiranya akan menjatuhkan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU -15 )

Beliau berkata, idea khemah besar itu mempunyai sudut baik dan buruk dengan setiap individu mempunyai pendapat berbeza begitu juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

“Saya belum masukkan dalam khemah besar itu yang kita lihat ada baik dan buruk. Rafizi mempunyai pendapatnya begitu.

“Namun, saya tengok pada keadaan. Kalau mereka khemah besar tetapi nak menjatuhkan khemah, tak perlulah,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan kongres wanita sempena Kongres Nasional Keadilan ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15 di sini, hari ini.

Rafizi baru-baru ini menggesa ahli PKR memilih 20 calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi melengkapkan barisan kepimpinan sesi 2022-2025 dalam kalangan mereka yang menolak idea khemah besar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI