fbpx

Semakan keputusan penempatan guru baharu dibuka petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan penempatan bagi 2,611 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 lantikan secara Contract of Service (CoS) sudah boleh disemak mulai pukul 3 petang hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, penempatan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan pengambilan khas guru secara ‘one-off’ yang telah dilantik dan ditempatkan di sekolah adalah seramai 16,381 orang.

Radzi

“Sepertimana yang telah diarahkan, penempatan guru baharu ini telah mengambil kira permohonan pertukaran guru-guru yang memenuhi syarat pertukaran, khususnya kekosongan jawatan dan opsyen mata pelajaran.

“Semakan penempatan boleh dibuat melalui pautan https://t.co/FHyZ0vW2Tm dan saya ucapkan selamat memulakan tugasan buat guru-guru baharu yang akan melapor diri di sekolah masing-masing pada 25 Julai ini,” katanya menerusi satu kemas kini di laman Facebook hari ini.

Tambah beliau, KPM sentiasa berikhtiar sehabis baik bagi memastikan perkara berkaitan pertukaran dan penempatan guru dapat dilaksanakan sebaiknya.

“Kepada guru-guru baharu, tahniah saya ucapkan. Laksanakan amanah dan berikan khidmat yang terbaik demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI