fbpx

Sasar 500 hingga 600 Pakej Durian Tourism dapat dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainuddin (dua dari kiri) menyantuni pelancong luar negara pada Majlis Perasmian Pakej Durian Tourism 2022 di Hin Bus Depo di sini hari ini. /FOTO IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Tourism Malaysia menyasarkan kira-kira 500 hingga 600 Pakej Durian Tourism dapat dijual di seluruh negara dengan pulangan lebih RM100,000 kepada para pengusaha yang menyertai kempen Pakej Durian Tourism Promosi Diskaun 10 peratus.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zainuddin Abdul Wahab berkata, selari dengan peralihan negara ke fasa endemik, kempen Pakej Durian Tourism Promosi Diskaun 10 peratus dianjurkan pada tahun ini bermula dari 1 Julai sehingga 31 Ogos depan.

”Program ini bertujuan merancakkan semula aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan domestik sekali gus dilihat berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi penduduk setempat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen Pakej Durian Tourism 2022 di Hin Bus Depo di sini hari ini.

Menurutnya, bagi menjayakan kempen tersebut, Tourism Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan lima pengusaha pelancongan dalam membangunkan pakej-pakej durian yang menggabungkan elemen eko pelancongan, agro pelancongan, arkeo pelancongan dan pengembaraan lasak.

Lima pengusaha pelancongan yang terlibat adalah Kurma Travel and Tours Sdn. Bhd, Adventure360 Tours Sdn. Bhd, Time
Free Vacation Sdn. Bhd, M.Maha-Izah Transport and Tours Sdn. Bhd. serta Asia Gateway Tours.

Ujar beliau, antara pakej yang ditawarkan termasuklah pakej dua hari satu malam (2H1M) bermula RM290 seorang dan pakej tiga hari dua malam (3H2M) bermula RM388 seorang dengan tempahan minimum empat orang bagi setiap pakej. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI