fbpx

Pasangan kekasih pulangkan anak patung Hello Kitty didakwa berpuaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patung Hello Kitty itu tidak mengalami sebarang kerosakan atau kekotoran dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa pemiliknya. - Khasood

BANGKOK – Sepasang kekasih yang mencuri patung Hello Kitty daripada bangkai sebuah kereta di tapak pelupusan sampah, bertindak memulangkannya semula kerana percaya  ia berpuaka, lapor laman berita Thaiger.

Kereta terbabit remuk selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Pada Mei lalu, pemandu kereta itu maut dalam kemalangan jalan raya. Keretanya dibawa ke tempat pelupusan sampah di wilayah Kamphaeng Phet, Thailand.

Anak patung Hello Kitty gergasi pemilik kereta itu ditinggalkan di tempat duduk belakang dan berada dalam keadaan sempurna.

Rakan mangsa memberitahu bahawa mereka membeli anak patung itu untuk mendiang sebagai hadiah hari jadi.

Beberapa hari lalu, kamera sistem televisyen litar tertutup (CCTV) merakam seorang lelaki dan wanita berhenti di tapak pelupusan tersebut dan mencuri patung itu.

Bagaimanapun, pada pukul 2 pagi keesokan harinya, pasangan itu kembali ke tapak pelupusan sama, manakala rakaman CCTV menunjukkan mereka dengan riak wajah keliru keluar dari kereta lalu mencampakkan patung Hello Kitty itu ke tanah.

Apabila pemilik tapak pelupusan sampah melihat rakaman CCTV, dia berasa sangsi adakah pasangan itu kembali  hanya untuk memulangkan anak patung tersebut.

Setelah identiti pencuri itu dikenal pasti, pemilik premis bertanyakan apakah motif mereka muncul di situ pada pukul 2 pagi.

Wanita itu berkata,  pada malam dia mencuri anak patung Hello Kitty itu, dia ternampak kelibat  seorang gadis kecil di dalam bilik tidurnya.

Kemudian, dia merasakan seperti ada sesuatu mencekiknya. Pasangan itu akhirnya nekad ‘memulangkan’ semula patung berkenaan ke tempat ia diambil. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI