fbpx

Nak ‘open mic’ boleh tapi kenapa ikut cara Mat Salih? – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ Ahmad menyelar tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pelawak tempatan liberal yang menjadikan agama dan bangsa sebagai bahan lawak.

PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak bersetuju dengan pendekatan segelintir pelawak tempatan ‘liberal’ yang terikut-ikut budaya komedi masyarakat Barat.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata, mengecam sesama bangsa dan menjadikannya sebagai bahan lawak bukanlah budaya sihat di negara ini.

“Budaya kecam sesama bangsa dijadikan bahan lawak ini biasanya di luar negara. Jadi, puak ‘open-minded’ ini mana boleh ketinggalan. Kena ikut ‘par’ yang ditetapkan.

“Lawak pasal orang Melayu, yang gelak Melayu juga. Lepas itu, pergi wayang pakai tengkolok bersilat depan pawagam lepas tengok Mat Kilau,” coretnya sarkastik dalam Instastory.

Pelakon filem Juvana itu bertegas, tidak perlu mengikut jejak langkah Mat Salih dalam berlawak kerana orang Malaysia mempunyai identiti tersendiri dalam melahirkan bahan komedi berkualiti.

“Aku rasa pelawak tanah air ada cara, kaedah dan terbukti dari zaman Allahyarham P. Ramlee, Tompel dan Sudin. Apek, Yasin Senario, Sepahtu, Jep, Shuib termasuklah Allahyarham Pak Yus dan Din Beramboi.

“Kita ada cara kita. Cukup berkesan. Nak mikrofon terbuka, boleh tapi kenapa perlu tiru cara Mat Salih? Itu cara depa (mereka), cara kita?

“Melawaklah pasal mak hang ka, pak kang ka, peduli pula aku tapi bangsa Cina, India, Melayu?

“Kita tak ‘terbuka’ tahap itu lagi wahai Malaysia. Kalau rasa nak berperang, teruskan. Dunia luar dah rasa dah. Bermula dari gurauan menjadi kekacauan,” getusnya.

Sehubungan itu, Sharnaaz, 37, berasakan pihak berkuasa harus bertindak bijak mengambil tindakan sewajarnya agar apa yang berlaku, tidak lagi berulang.

“Kerajaan perlu pintar dan pantas tangani masalah ini sebelum bangsa menjadi mangsa.

“Sia-sialah anak bangsa kita bernama Mat Salih ‘celop’. Ditanya siapa itu Sang Adi Putra, dijawabnya, Jai KL Gangster,” katanya.

Terdahulu, wanita yang sebelum ini tular membuka tudung dan menanggalkan baju kurung dalam satu persembahan di sebuah kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen baru-baru ini.

Rentetan itu, satu per satu provokasi melawak dengan menjadikan sentimen bangsa dan agama di pentas premis bernama Crackhouse Comedy Club tersebut dirungkai dan kini dalam siasatan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI