fbpx

Mangsa kedua bot karam Pulau Kendi ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa kedua bot karam warga Indonesia ditemui selamat oleh nelayan tempatan di persisiran pantai Pulau Kendi di sini pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seorang lagi nelayan warga Indonesia dijumpai dalam keadaan selamat hari ini selepas bot yang dinaiki bersama lima rakannya dilaporkan karam di perairan negeri ini Rabu lalu.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan seorang lagi individu, Zulham Efendi Marwani, 31, pada pukul 7.50 pagi di persisiran pantai Pulau Kendi.

Menurutnya, mangsa dijumpai nelayan dalam keadaan lemah dan sedang meminta bantuan dalam keadaan mencurigakan di kawasan pantai berkenaan.

“Sebaik menerima maklumat tersebut, bot PERKASA 1220 Maritim Malaysia yang dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) yang telah memasuki hari ketiga terus diatur gerak ke lokasi untuk mengambil mangsa tersebut di Pulau Kendi dengan bot nelayan tempatan.

”Mangsa kemudiannya dipindahkan ke bot Maritim Malaysia dan seterusnya dibawa ke Jeti Marin Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Zulham berkata, dia berpaut pada jaket keselamatan selama empat hari di lautan sebelum sampai ke pesisiran pantai terbabit.

”Kapal kami dalam perjalanan menuju ke Thailand untuk mengambil bekalan makanan sebelum karam di lautan. Selama empat hari saya hanya terapung dengan bantuan jaket keselamatan.

”Saya bersyukur kerana terselamat dan sepanjang terapung dalam laut, saya hanya ingat kepada Allah sahaja,” ujarnya ringkas.

Zulham merupakan mangsa kedua yang terselamat selepas rakannya, Aswin, 43, dijumpai sekumpulan nelayan tempatan dalam keadaan terapung pada kedudukan 7.5 batu nautika dari barat Sungai Kongsi kira-kira pukul 12.25 tengah kelmarin. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI