fbpx

Lelaki didakwa 3 pertuduhan kes tembak di Sungai Gabai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KAJANG – Seorang lelaki didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan kematian, memiliki senapang patah dan butir peluru tanpa permit sah, dalam kejadian tembak di Sungai Gabai, minggu lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Sali Hashim ,43, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli dan Syahrul Sazly Md Sain.

Di hadapan Muhammad Noor Firdaus, mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah melakukan perbuatan gopoh sehingga menyebabkan kematian ke atas Mohd. Izzwan Ahmad Shakri ,32, di Hutan Simpan Sungai Gabai Batu 18, Ulu Langat di sini pukul 4.30 pagi pada 6 Julai lepas.

Sementara itu di hadapan Majistret Syahrul Sazly, Sali didakwa atas satu pertuduhan iaitu dalam milikannya tujuh butir amunisi tanpa suatu lesen yang sah.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat di sini pukul 11.30 pagi pada 8 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya,jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd. Sulaiman dan Nurul Husna Amran manakala tertuduh diwakili peguam Roland Engan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi dua pertuduhan dan RM5,000 untuk satu pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan kes.

Kosmo! Online 6 Julai lalu melaporkan tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tertembak rakan dalam kejadian di sekitar Sungai Gabai, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, hasil siasatan mendapati salah seorang rakan mangsa yang membawa senapang patah telah tergelincir di lereng bukit mengakibatkan senjata api yang dipegang terpelanting.

“Lelaki berusia 32 tahun itu telah terkena tembakan sebelum disahkan mati di lokasi kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI