fbpx

Kerana kambing, lelaki bunuh, keluarkan bayi dari perut wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu hamil itu dibunuh angkara pertikaian mengenai kambingnya yang memakan hasil tani orang lain. - Facundo Arrizabalaga/MyLondon

ACCRA, GHANA – Seorang lelaki di Ghana didakwa di mahkamah kerana membunuh seorang wanita hamil dan mengeluarkan bayi dalam perut mangsa, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Suspek, Godfred Aladago, 25, ditahan kerana menyerang Rose Asibi, 30, di Atobra, pinggir bandar Tepa dalam wilayah Ashanti, Ghana.

Menurut saksi, pembunuhan itu berpunca akibat salah faham selepas kambing milik Asibi menceroboh ladang Aladago dan memakan sebahagian daripada hasil tanamannya.

Pembunuhan itu dipercayai berlaku pada 20 Jun lalu sejurus sebelum khabar angin tersebar bahawa suspek telah membunuh dua wanita.

Komander Polis Daerah Tepa, Superintendan Martin Asenso mengesahkan pembunuhan tersebut.

“Suspek sebelum ini datang untuk membuat aduan bahawa kambing sesat milik beberapa penternak telah memakan tanamannya. 

“Apabila dia berdepan dengan penternak-penternak tersebut, mereka memotong tangannya menggunakan parang,” kata Asenso kepada saluran radio Akoma FM.

Asenso menambah, beberapa anak muda yang marah datang ke balai polis dan mendakwa bahawa suspek telah membunuh dua wanita kerana kambing mereka memakan jagung suspek, lapor akhbar The Daily Star.

Aladago juga didakwa cuba membunuh ipar kepada Asibi, Rachel Alale tetapi mangsa berjaya melarikan diri. Laporan awal menyatakan bahawa Alale dan Asibi terbunuh dalam serangan tersebut. 

Pihak berkuasa telah memindahkan Aladago ke dalam tahan polis wilayah bagi mengelak penduduk tempatan cuba membunuhnya. 

Imej dari lokasi kejadian menunjukkan mayat mangsa dimasukkan ke dalam beg plastik dan diletakkan di dalam van polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI