fbpx

Kencing berdiri terdedah jangkitan kulat, batu karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Ahmad Samhan.

PETALING JAYA – Masih ramai yang kurang sedar akan kesan buruk daripada perbuatan kebiasaan mereka seperti membuang air kecil secara berdiri.

Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok memaklumkan terdapat beberapa kesan kesihatan yang boleh berlaku ekoran daripada amalan tersebut.

“Kencing berdiri meningkatkan risiko jangkitan kulat (kandidiasis) dan jangkitan kepada ‘Mr. P’ (balanitis) sebab tidak dibasuh dengan bersih,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi tips kedudukan yang betul ketika ingin membuang air kecil.

“Posisi paling sesuai untuk kencing ialah duduk atau mencangkung.

“Mudah untuk air kencing keluar sepenuhnya dan tiada sisa air kencing tertinggal dalam pundi,” jelasnya.

Katanya lagi, air kencing yang tertinggal dalam pundi kencing boleh mengakibatkan batu karang dan jangkitan di bahagian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI