fbpx

Jangan jadi api dalam sekam – Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Azizah (tengah)ketika hadir merasmikan kongres wanita sempena Kongres Nasional Keadilan ke-16 di IDCC, hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinasihatkan tidak menjadi api dalam sekam sebaliknya mengekalkan adab kepatuhan dalam pimpinan selepas melalui proses pemilihan parti.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sikap istiqamah dan konsisten perlu diteruskan dengan mencari titik persefahaman serta tidak bersikap eksklusif atau mengamalkan budaya berpuak mengumpul pengikut.

“Saya biasa kalah tetapi tak bermaksud saya memusuhi (lawan). Semua ahli keluarga.

“Pemilihan sudah berakhir, inilah masanya untuk kita kembali merangkul kekuatan dan terus konsisten dengan perjuangan asal kita.

“Kita tak bermusuh. Kita parti yang sama. Kalau nak tinggalkan…pergilah tetapi jangan jadi musuh dalam selimut. Api dalam serkam. Jangan hancurkan apa yang kita bina sama-sama,” katanya ketika berucap merasmikan kongres wanita sempena Kongres Nasional Keadilan ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15 di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan agar menjadi anggota parti yang matang dan mampu menghadapi senario perbezaan pandangan.

Ujarnya, sebagai pengamal demokrasi boleh sahaja berbeza pendapat dan berpolemik secara sihat tetapi harus mampu memperlihatkan jiwa besar, adab tertib dan kesusilaan yang tinggi serta menjunjung nilai persaudaraan yang mendahulukan kepentingan rakyat.

“Dalam mana-mana pertandingan akan ada yang menang akan ada yang kalah. Itu perkara biasa.

“Tetapi, kita harus ingat kepada adab sebagai seorang kawan dan lawan, adab akhlak dan kesopanan, nilai integriti dan maruah,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI