fbpx

i-MILIKI tawar pengecualian duti setem 100 peratus bagi rumah pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) menyempurnakan gimik Pelancaran Program Pemilikan Kediaman (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Atrium Mid Valley, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menawarkan insentif pengecualian duti setem sebanyak 100 peratus bagi rumah pertama berharga RM500,000 menerusi inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia atau i-MILIKI.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian insentif itu diberikan bagi pembelian rumah pertama secara peringkat.

“Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian adalah sebanyak 50 peratus.

“Pengecualian ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023,” katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Program Pemilikan Kediaman (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Atrium Mid Valley, di sini hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan, meskipun pengecualian duti setem akan mengurangkan kutipan hasil kepada negara, namun tindakan tersebut merupakan komitmen kerajaan kepada Keluarga Malaysia.

Katanya, usaha tersebut diambil ekoran menyedari pelbagai cabaran ekonomi sekali gus membantu rakyat memperkasakan agenda pemilikan kediaman dengan sasaran ‘Satu Keluarga Satu Rumah’.

“Pembinaan rumah mampu milik untuk kumpulan B40 juga sedang giat dilaksanakan oleh agensi- agensi penyedia perumahan, baik di peringkat pusat, mahupun di peringkat negeri.

“Program Perumahan Rakyat (PPR) akan terus diperkukuh dengan hala tuju baharu serta komponen yang akan dapat meningkatkan daya huninya,” ujarnya.

Pada masa sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Reezal Merican berkata, sebanyak 500,000 unit bekalan rumah mampu milik (RMM) juga akan ditambah menjelang tahun 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI