fbpx

Dua beranak buat kecoh di Linkedua diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan dua individu terbabit menahan serta mematahkan nombor plat sebuah MPV Toyota Aplhard disyaki berlaku di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Iskandar Iskandar Puteri.

ISKANDAR PUTERI – Dua individu yang terlibat dalam kes khianat berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) telah ditangkap di Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, semalam.

Seorang wanita berusia 46 tahun bersama anak lelakinya yang berusia 18 tahun itu ditahan pada pukul 9.15 malam di Pos Pemeriksaan Kastam laluan masuk Singapura ke Malaysia.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, wanita itu merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai permastautin tetap (PR) Singapura selama 25 tahun manakala anaknya adalah warganegara republik itu.

“Ketika siasatan awal dijalankan, kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan kes khianat berhampiran CIQ Linkedua pada minggu lalu.

“Suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana kenderaannya telah dihalang serta bergesel semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada minggu lalu, tular video memaparkan insiden melibatkan kereta jenis Toyota Alphard yang dinaiki mangsa bersama sebuah kenderaan jenis Kia berpunca daripada mangsa dikatakan mengubah laluan ke kanan dan telah bergesel dengan sebuah kenderaan dari arah sama.

Ketika bercakap kepada media di Singapura, wanita terbabit mendakwa video yang tular berkenaan tidak memaparkan sepenuhnya kejadian yang berlaku dalam insiden berkenaan.

Suspek wanita itu mendakwa, pemandu kenderaan jenis MPV berkenaan telah memulakan provokasi terhadap dirinya dan anak lelakinya terlebih dahulu ketika mereka dalam perjalanan bertemu saudara di negara ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI